Kasut adalah sejenis alas kaki biasanya diperbuat daripada getah, kulit, kain, dan lain-lain yang menutupi bahagian kaki manusia. Tujuannya untuk melindungi dan memberikan keselesaan kepada kaki ketika melakukan pelbagai aktiviti.
Mungkin ada yang menggangap kasut terpakai adalah kasut yang yang "low class" tetapi anggapan mereka pastinya meleset apabila melayari laman web ini.
JENIS KASUT DAN KEGUNAAN
Terdapat pelbagai jenis kasut dipasaran yang dibuat khusus untuk sesuatu kegunaan. Tidak banyak kasut yang boleh dipakai untuk semua aktiviti. Contohnya, kasut Derby/Brogue/Monk/Venetian style dan Oxfords hanya sesuai dipakai bersama pakaian ke pejabat, kasut loafer untuk pakaian yang lebih santai dan kasut Winklepickers sesuai untuk mereka yang membawa imej rock.
Di Malaysia, football boot atau kasut bolasepak boleh digunakan untuk dua permainan padang iaitu bolasepak dan ragbi. Apapun kegunaan kasut tersebut, yang paling utama adalah keselesaan dan daya tarikan yang ditawarkan. Apabila kita menggunakan kasut yang sesuai untuk aktiviti yang dilakukan (dalam masa yang sama sesuai dengan penampilan), kita pasti akan sentiasa berasa yakin dan bersemangat. Satu lagi, kaki kita berada dalam keadaan selamat.
Jenis-jenis kasut ini boleh dirujuk dari banyak website dan ini adalah jadual jenis-jenis kasut yang diambil daripada http://en.wikipedia.org/wiki/Footwear.
===========================================================
Men's dress shoes | Brogues · Derbies · Loafers · Court shoes · Monks · Oxfords · Venetian style shoes · Winklepickers · Boat shoes · Brothel creepers |
Women's dress shoes | Ballet flats · Court shoes (Pumps) · Loafers · Slingbacks · Mules · Mary Janes · Mojari · Saddle shoes · Venetian style shoes · Winklepickers |
Other shoes | Flip-flops · Galoshes · Geta · Moccasins · Platform shoes · Sandals · Slides · Slippers · Veldskoens |
Military footwear | |
Sport-related footwear | |
Fashion boots | |
Work boots/shoes | |
Other boots | |
Historical |
==============================================
GRED KASUT KTO
Kasut terpakai biasanya digredkan dalam 2 gred am iaitu Gred A dan Gred B (Gred C adalah gred untuk kasut yang lusuh/teruk keadaannya dan biasanya sukar untuk dijual). Walau bagaimanapun, Kasut Terpakai Online mengredkan kasut-kasut ini menggunakan EMPAT gred iaitu A +, A, B+ dan B.
Pengredan kasut ini dibuat berdasarkan kepada penilaian peribadi pihak KTO dan para pelanggan boleh menilai sendiri kasut/item yang dijual di KTO melalui gambar yang disertakan.
Rujuk perincian gred kasut disini: PERINCIAN GRED KASUT TERPAKAI KTO
KUALITI KASUT
KTO akan cuba memastikan setiap kasut yang dijual di KTO adalah kasut yang "authentic" atau dikeluarkan dibawah lesen pengeluaran yang sah. Sekiranya kasut tersebut adalah kasut yang bukan "authentic", pihak kami akan menyatakannya dalam keterangan kasut tersebut.
Kasut yang mempunyai nilai "sentimental" dan nilai "collectible" pastinya akan diletakkan harga yang lebih tinggi daripada biasa.
Kasut yang dijual dalam KTO juga dijaga dengan baik, dibalut dan disimpan ditempat kering supaya ia terus berada dalam keadaan yang baik sehingga dibeli oleh pelanggan.
JENAMA KASUT
Jenama kasut yang dijual di KTO pastinya adalah dari kalangan jenama pengeluar kasut terkenal seluruh dunia. Nama-nama yang biasa kita dengar seperti Adidas, Nike, Reebok, New Balance, Mizuno, Hush Puppies, Bonia dan lain-lain lagi akan menjadi sandaran utama KTO dalam persaingan menjual kasut terpakai secara online.
HARGA KASUT
Jenama biasanya akan mempengaruhi harga kasut, tetapi KTO akan memberikan harga yang paling munasabah untuk kasut yang dijual berdasarkan gred dan keadaannya.
Tiada harga tetap untuk setiap gred kerana ia boleh dipengaruhi oleh banyak faktor lain seperti harga asal, kos pembersihan, kos pembaikan dan lain-lain kos yang terlibat.
Harga kasut yang disenaraikan di KTO adalah TETAP tetapi, sekali sekala pastinya TANDA ini:
akan disertakan dalam keterangan KASUT/ITEM yang memungkinkan pelanggan untuk berunding harga kasut sehingga mendapat harga yang sesuai.