Waktu kecil-kecil dulu, cuma guna satu kasut untuk semua aktiviti. Iyalahkan.. Masa tu bukannya tahu yang lain aktiviti, lain kasutnya. Lagi satu, bukannya mampu untuk beli banyak kasut. Tetiba, nampak pula pasar bundle ditengah-tengah kota. Masa tu lah baru dapat beli kasut lain untuk aktiviti berlainan. Sekarang, saya ada 7 buah kasut untuk aktiviti berlainan macam jogging, main bola, futsal, badminton, hiking, pejabat dan bersukaria. Semuanya dari jenama terkenal dan kebanyakkannya adalah kasut terpakai.
Memang saya masih beli kasut baru tapi dalam 2 tahun sekali. Itupun kena tunggu jualan murah (sale). Masa tu harga kasut RM300 - RM500 boleh turun sampai RM120 - RM250. Itupun fesyen dua tahun ke belakang.
Kasut terpakai dari Europe biasanya ngam dengan peredaran fesyen di Malaysia. Kenapa? Sebab perubahan fesyen di Eropah memang lebih cepat berbanding kita. Bila saja fesyen mula berubah, kasut yang lama mula di simpan dan akhirnya dijual atau didermakan kepada orang lain. Bukannya diaorang pakai lama betul, mungkin dalam 3 - 6 bulan. Itupun bukannya hari-hari sebab bila musim berubah (Eropah kan 4 musim), kena guna kasut lain. Jadi kasut terpakai dari Eropah memang masih cantik dan lebih tepat patut menjadi pilihan kita.
Sebut saja jenama terkenal, memang hampir semuanya ada. Dan yang paling penting, MURAH!!!
Contohnya kasut Nike ACG baru yang berharga sekitar RM400.00 boleh didapati di kedai terpakai sekitar harga RM80 - RM150 (bergantung kepada penjual) dalam keadaan yang masih baik (sekitar 90 - 95%).
Memang dalam longgokan kasut terpakai juga terdapat kasut-kasut gred rendah atau sudah rosak. Oleh itu, untuk mendapat kasut terpakai yang baik, cantik dan masih boleh bertahan lama, kita kena sabar dan rajin mencari. Perhatikan bahagian-bahagian penting kasut, iaitu bahagian atas, bawah, tepi, jahitan, tapak kasut dan jenis kotoran yang melekat padanya.
Jahitan kasut yang bagus biasanya jahitan berganda atau menggunakan benang yang tebal. Kasut yang tapaknya getah pula pasti akan mula merekah apabila sudah lama dan kotoran jenis cat (paint) sememangnya sukar untuk dibersihkan. Semua perkara ini perlu diambil kira semasa memilih kasut terpakai.
Kalau anda tidak mau pening-pening cari kasut di pasar bundle, cari saja di KTO @ Kasut Terpakai Online. Di sini, semua kasut yang terpilih untuk di senaraikan sudah pun dibersihkan, dibaiki dan di"polish". Anda hanya perlu pilih kasut dengan saiz yang sesuai dan membuat pembayaran.
Oh ya... Sebelum terlupa, sumber kasut-kasut di KTO adalah dari pasar bundle berdekatan, kawan-kawan dan serata dunia.... terutamanya dari EROPAH..
Hanya yang terbaik untuk para pelanggan KTO!!!
Selamat berurusniaga,
Ikhlas dari,
Pengurus KTO
Kasut Terpakai OnlineWebsite: http://www.kasut-terpakai.blogspot.com
Email: kasutterpakai@gmail.com
H/P Number: 0198795990